*Untuk melihat semua artikel Sejarah Menjadi Indonesia dalam blog ini Klik Disini
Bagaimana
sejarah Kedah, khususunyta Keah zaman kuno (Kedah Tua) sudah banyak ditulis.
Dengan mengacu pada tulisan-tulisan itu, dalam artikel ini, dihubungkan dengan
peta zaman kuno Ptolomeus abad ke-2. Peta zaman kuno itu disebut semenanjung
Aurea Chersonesus. Sejumlah ahli telah meyakini peta semenanjung itu kini
adalah Semenanjung Malaya (negara Malaysia).

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah
satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga
dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut
catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara China,
Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina). Kerajaan
Kedah Tua diasaskan pada abad ke 2. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan
pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Masyarakat Kedah Tua
menghasilkan barang perdagangan seperti rotan, damar, kayu cendana dan gading
gajah. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh
agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan
candi yang terletak di Lembah Bujang. Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau
panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun
di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang,
tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab,
India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka
ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang
dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam,
gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan
samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah
pamah yang rata dan luas. Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa
pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan
wang perak pada zaman Sultan, manik yang dibawa dari negara India dan barangan
kaca dari Timur Tengah. (Wikipedia)
Lantas
bagaimana sejarah Kedah di Semenanjung Malaya yang dapat dihubungkan dengan upaya
pencarian situs zaman kuno era semenanjung Aurea Chersonesus? Seperti disebut
di atas, banyak ahli yang menyatakan Kedah adalah pusat peradaban awal di
Semenanjung dengan berdeirinya kerajaan tua di kawasan. Lalu bagaimana sejarah Kedah
di Semenanjung Malaya yang dapat dihubungkan dengan upaya pencarian situs zaman
kuno era semenanjung Aurea Chersonesus? Seperti kata ahli sejarah tempo
doeloe, semuanya ada permulaan. Untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan
wawasan sejarah nasional, mari kita telusuri sumber-sumber tempo doeloe.